Apabila Kau Ingin Berteman..., bersahabatlah kerana Allah
Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya
Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya
Andai kau ingin sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya.
Andai kau ingin seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin kan menyalahkannya.
Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa
Jangan diharapkan sempurna
Kerana kau juga tidak sempurna..
Tiada yang biasa-biasa
Menjadi satu yang sempurna.
Tapi bersahabatlah kerana Allah
Bersahabatlah kerana aqidah Islam
Bersahabatlah kerana kita saudara fillah,
Yang sama-sama dinaungi Islam
InsyaAllah...
Sahabat,
Jika hari ini aku terlalu gembira,
sedarkanlah aku dengan amaran2 ALLAH
Jika aku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta,
Jika aku lemah tidak berdaya,
ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga,
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan,
ajaklah aku meleraikan segera,
Jika pernah hatimu terluka,
luhkanlah agar aku berubah,
Dan jika esok aku lena tanpa terjaga,
iringilah lenaku dengan kalungan doa....
Berjanjilah sahabat,
ukhwah kita untuk selamanya..
................................................................................................
"Teman yang baik adalah umpama hujan yang menyejukkan, mentari yang menghangatkan dan cahaya yang menutupi kegelapan."
Dari pandangan mata, kita berpaut penglihatan. Dari pandangan hati, kita saling kasih mengasihi.
Bukan hanya cinta dan bukan sekadar sayang, kita semua bersama atas dasar keikhlasan dan kejujuran yang hadir dalam diri kita
......................................................................................................
"Tidak ada sahabat sejati yang ikhlas dalam persahabatan kecuali sahabat yang mahu menemani kamu walaupun ia tahu akan aib/kecacatanmu
dan mengampuni kamu atas dasar persahabatan yang mana ia tiada lain adalah Allah Subhanahu wa ta'ala.
Sebaik-baiknya orang yang kamu temani adalah orang yang meminta bersahabat denganmu bukan kerana sesuatu darimu yang bermanfaat kepadanya".
Al-Iman Ibnu 'Athaillah Rahimahullah berkata : Sebaik-baiknya sahabat yang kamu gauli adalah orang yang meminta kamu untuk bersahabat denganmu
untuk kemanfaatan dirimu sendiri bukan kerana kemanfaatan baginya.
Dan semua manusia tidak ada yang mahu bersahabat denganmu dengan tanpa ingin mendapatkan kemanfaatan darimu.
Hanya Allah~lah yang meminta kamu dan melindungimu supaya kamu bahagia kerana dekat kepada~Nya dan bisa kembali dengan agungnya
nikmat serta kebaikan yang diberikan kepada kamu.
................................................................................................................
Persahabatanmu dengan~Nya tidaklah memerlukan lebih dari dua hal, iaitu :
(1) Ma'rifat (kamu mengenal~Nya)
(2) Jadikanlah Ia sahabat dengan memperbanyak zikir kepada~Nya.
Dengan ini persahabatamu akan selalu memberi kemanfaatan bagi dirimu sendiri.
Kemudian mengenali persahabatan dua insan yang kerana Allah (redha~Nya) tidak bertemu
atau berpisah kecuali kerana~Nya merupakan cabang atau buah daripada pertalian hubungan persahabatan yang sempurna dengan Allah.
........................................................................................................................
Jangan terlalu memilih, kerana mungkin disebalik pasir itu ada mutiara. Jangan pula terlalu membuka hati kita,
menerima semua untuk menemani kita. Masakan disebalik madu itu ada racun. Hati yang telus,
bila termakan racun tatkala menaruh madu, kelak hati itu akan tertutup untuk menerima oranglain.
Itulah kekecewaan. Yang melukakan dan sukar dirawat. Hargailah setiap insan yang menerima diri kita walau apa jua keadaan.
Belajarlah untuk menerima teman yang memperbaiki kita dan belajarlah juga bagaimana untuk menutupi kelemahan teman kita.
Jadikan persahabatan itu medan perjuangan diri menuju ke jalan Allah. Berkata-kata baik dan berbudi bahasa sesama teman.
Kelak nanti ia akan menguntungkan kita. Jika ada kesalahan, maafkanlah. Jika ada kelemahan, perbaikilah.
Dan jika ada kebaikan padanya, contohi ia. Marilah bersama-sama meniti jambatan kejayaan.
Terimalah kehadirannya dengan hati yang terbuka. Pandangan mata dan impresi awal sering menilai orang lain sebelum menerima mereka.
Oleh itu, berwaspadalah dan berdoalah kepada-Nya agar ikatan yang terbina itu akan kekal. Hanya Allah yang tahu pengakhirannya dan
hanya Dialah yang tahu siapa yang layak bersama kita. Biarlah kita berteman ramai kerana dalam ramai-ramai itu mungkin ada yang baik untuk kita...
..............................................................................................................................
“Sahabat yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya,
kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan
ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu mengingatkan kita kepada Allah…
Hari ini bersahabat, esok kita bersahabat dan selamanya kita bersahabat..
Jika hari esok diri ini tiada lagi di dunia ini…
Kutetap mengharapkan kita bersahabat…
Diri ini mengharapkan kita sama-sama selamat sampai ke sana
Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita
dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah
mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan,
yang memberi suntikan semangat perjuangan..
alirkan halawatul ukhwah,
kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati..
"sesungguhnya beruntung orang yang menyucikan jiwanya dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotori jiwanya."<>
TO LOVE SOMEONE IS NOTHING, TO BE LOVED BY SOMEONE IS SOMETHING, TO BE LOVED BY SOMEONE YOU LOVE IS EXCITING, BUT.... TO BE LOVED BY ALLAH IS EVERYTHING!!!
Best regards,assalammualaikum♥