Masa Lalu , Dunia Baru

Assalammualaikum 
hai , teheee , lama tak update blog sampai apa nak tulis pun dah tak tahu 
so berkenaan tajuk entry ni :) hmm . okay benda ni dah lama actually , yeahh , benda pasal masa lalu . apa tu ? heee , skng kita dah habis PMR :) and maksudnya lagi 2 tahun , kita SPM then , kita kena bawaklah masa depan kita :) wohooo , PMR pun life dah running apatah lagi bila SPM , betulah , kita kena rancang masa depan ni dgn sgt jelas dan serious , yeahh ni bukan memain ehh .

jadi apa yang berkenaan dgn masa lalu :) hee , okay  , kawan2 kita semua pelik kenapa , kenangan or perkara masa dulu2 , yeahh time sekolah rendah tu kemain kita ingat . tapi bila cerita pasal hal semalam boleh pulak aku lupa semua ._. padahal baru semalam boleh buad muka blur .

hee , yelah sekolah rendah apa tahu enn , sekarang otak akal dah berjalan , mulalah takut fikir pasal masa depan . hmm okay , aku masih ingat masa form 1 , means time first day kita masuk alam sekolah menengah ni , hee :) takut dia , okay tipulah takut , pasal boleh dikatakan kawan semua muka sama je .

yelah dulu time UPSR , takde kita nak fikir pasal masa depan . lepasni nak apa , nak pergi mana . tapi bila lepas PMR ni aduhh kepala macam geleng2 , life running , masa depan , waaahh  belum pape dah fikir SPM , yeahh , me SPM candidates now :)

Dulu masa sekolah rendah kita baik je , ecehh , apahalah ._. masuk form 1 alam dah matang ni , aku dah pandai dah colour rambut wehh , waaa . kemain , tapi just sekali tujelah , lepastu ayah tahu , wahaa , kena tarik telinga padan muka X) tapi sekarang dah pandai senyap2 colour guna inai kay anak2 :) sebabtu jugaklah rambut aku tak mcm dulu , hehh .

sekolah rendah mana aku reti panjat pagar ni , tapi bila masuk sekolah menengah , wahaa , dah study enn :) study memanjat ._. alaaah first panjat kemain takut , tapi bila dgn kawan2 berani jelah . alaa skng pun aku selalu je panjat , pasal lambat dtg , well rumah dekat . 7.31 pun dah tutup pagar , yelah kita lalu pagar belakang kan . so panjat memanjat ni dah biasa . pakai kain pun aku terror lah :P

ponteng sekolah :) hee , takyah bisinglah , ponteng sekolah bagi aku masih baik , tapi bila ponteng kelas , baik sgt kan ?? :D haaa , yelah semua benda jahat , mestilah bermula dari form 1 . pasal time tulah baru aku nak kenal dunia tu apa . kan ? hehe , alaa ponteng kelas last2 jadi ponteng sekolah, cemana tu ? camni .

kau ponteng kelas , lepastu panjat pagar , tak balik2 sekolah balik , so jadilah ponteng sekolah . haa , time tu slenger lagi nak tahu apa tu penalti , first takut , yelah kita ni manusia tegar , so lama2 dah lupa amaran ke penalti apakejdah ke . ya allah , jahat jugak aku ni 

haaa , perubahan kan tu  , negatif ke positive tu ? alaa ni tang cerita negatif , kalau start cerita positif ? hee .  sekolah menegah ni memanglah org kata jahat lah nakal degil , tapi yelah org luar patutnya jgn pandang satu pihak je , kita ingat lagi time tu , kita pelajar sekolah rendah lagi . and selalu lah dgr khabar budak sekolah menegah ni cenggini cenggitu , tak baik jadah , and kebetulan , selalu juga k tgok diaorg ni macam berkeliaran , means pakai baju sekolah then keluar sekolah , tapi yelah time tu kita murid , skng kita pelajar . bila dah masuk sekolah menegha barulah tahu jiwa budak menengah ni cemana , and kdg2 diaorg bukan ponteng tapi ada sebab munasabab mereka , yelah . betulah , kita tak boleh pandang sekilas je , pandang cenggitu je , tak tahu apa2 dah terjah cenggini .

jadi kita tak tahu lah apa yang dah berubah  tapi itu memang betul , dunia dah maju , masa pun dah berlalu , makin jauh masa lalu , jauh sgt . kalau diberi peluang im sure , semua nak masa lalu dia playback :)  jgn tipu .




Best regards,assalammualaikum♥

Thanks Reading

lawak pendek

cerita ni semua adalah copy paste :) *website dia lupa nak ambil
so layan ~ motif : saje nak riangkan hati , padahal tak jadi pun

lucu 1: Bapa
Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man: Wow! Bapa kau keja apa?
Ali: Tukang gunting rambut.

Cerita Lawak/ lucu 2: Bahasa Inggeris
Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila giliran adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

Cerita Lawak/ Lucu 3: Sudu
Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

Cerita Lawak/ Lucu 4: Mayat

Cikgu: Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

Cerita Lawak/Lucu 5: Tiru
Cikgu: Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa: Apa bukti awak?
Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".

Cerita Lawak/ Lucu 6: Makan
cA: dari pagi tadi aku makan tak kenyang2 je?
cB: kau makan ape?
cA: makan angin...............................



Nenek Tua

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”



Panadol

Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…
Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”
Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”



Seorang Pemburu Dengan Seekor Singa

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”
Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”



Mayat

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”…



Cermin Mata

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ” Doktor, selepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?” “Dah tentu”, jawab doktor. “Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang.



Anda Tahu Siapa Aku? 

Seorang lelaki sedang asyik memancing di sebuah kolam. Seseorang mendekatinya.”Banyak dapat ikan, kawan?” tanya orang itu.
“Wah, luarbiasa sekali! Semalam saja aku mendapat 30 ekor ikan yang besar-besar.”
“Hm, anda tau siapa aku?” “Tidak,” jawabnya.
“Aku pemilik kolam ini.”
“Dan anda tau siapa aku?” tanya lelaki itu cepat-cepat.
“Tidak.”
“Aku pembohong besar di kota ini.”



Malas Ke Sekolah

Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik…. Pertama: Salim sudah berusia lima puluh tahun….. Kedua: Salim kan PENGETUA SEKOLAH….!!!”



Jejaka Sempurna

Di salon kecantikan, seorang gadis berkongsi pandangannya tentang jejaka idamannya bersama teman-temannya.

"Jejaka yang ku kawini itu mestilah bersinar apabila berhadapan dengan sesiapa sahaja. Dia mesti pandai bermain muzik dan pandai menyanyi. Dia pandai berjenaka dan disukai ramai. Yang penting, dia mesti selalu berada dirumah!"

Seorang nenek kedengaran perbualan tersebuat dan berkata, "Aduh, senang saja. Beli TV habis cerita!" What a Face






Best regards,assalammualaikum♥

Thanks Reading

Hukum Meninggalkan Solat



Orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji sekali, malahan ianyaterlebih keji daripada iblis.
Ini kerana si iblis hanya enggan sujud kepada nabi Adam a.s. yang merupakan makhluk, tetapi orang yang meninggalkan solat adalah seorang yang enggan bersujud kepada Allah s.w.t yang merupakan Khaliq (pencipta).
Justeru itu, dosa meninggalkan solat itu amat besar sekali. Di Akhirat nanti seseorang yang meninggalkan solat itu akan dimasukkan ke dalam neraka.
Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud:
Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka? Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.
Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:
Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.
Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.
Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.
(Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).
Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.
(Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya).
Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir.
Namun, sekiranya seseorang itu meninggalkan solat atas sebab malas, tetapi dia tahu dia wajib solat, maka terdapat tiga pendapat ulama tentang hukumnya, iaitu:
  1. Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi dia menjadi fasik. Maka wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan solat. Sekiranya dia enggan bertaubat maka dijalankan ke atasnya hukuman hudud, iaitu dibunuh dengan pedang.
    Ini pendapat Imam Malik, Syafi’e dan jumhur ulama salaf dan khalaf.
  2. Orang itu menjadi kafir. Hukumnya sama seperti orang yang ingkar terhadap kewajipannya tadi.
    Ini adalah pendapat satu jemaah daripada para salaf yang diambil riwayatnya daripada Saidina Ali bin Abu Talib dan salah satu pandangan Imam Ahmad bin Hambal serta pendapat Abdullah bin al-Mubarak dan Ishak bin Rahawaih.
  3. Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, sebaliknya ditakzirkan dengan dipenjarakan sehingga dia mengerjakan solat.
    Ini pula adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan satu jemaah daripada para fuqahak Kufah dan juga pendapat al-Muzani seorang pendokong dan pengikut Imam asy-Syafi’e.
Lihat betapa besarnya solat, dan betapa besar hukum bagi seseorang meninggalkan solat.
Orang yang mahu agamanya selamat dan dirinya bahagia di dunia dan akhirat, sudah tentu dia wajib menghindarkan dirinya dari terletak di antara hukum menjadi murtad dan berdosa besar.
Wallahu a’lam.
P/s: Solatlah anda sebelum anda disolatkan.


Mari muhasabah diri,mari jadikan diri kita takut pada azab Allah. Apa akan terjadi bila kita meninggalkan solat fardhu yang wajib ke atas kita?

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Barangsiapa yang memudahkan dan mensia-sia akan sembahyang lima waktu, nescaya akan diseksa oleh Allah SWT dengan lima belas siksa. Enam didalam dunia, tiga ketika hendak mati, tiga didalam kubur, dan tiga lagi semasa waktu bangun dari kubur menuju akhirat”

1. Enam siksaan semasa di dunia
  • Umur tidak diberkati, hidup panjang tetapi kosong dari amalan kebajikan
  • Rezeki tidak diberkati
  • Tipadamkan tanda mukanya dari orang-orang yang soleh
  • Tiada mendapat bahagian dari doa orang-orang yang soleh
  • Tiap-tiap amalannya tidak diterima oleh Allah
  • Tidak diangkat doanya, doanya tidak dimakbulkan oleh Allah
2. Tiga siksaan semasa hendak mati
  • Mati dalam keadaan sangat hina, tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah
  • Dimatikan oleh Allah dalam keadaan dahaga, walaupun diberi minum dengan air laut, ia tidak dapat menghilangkan dahaganya
  • Mati dalam keadaan yang sangat lapar
3. Tiga siksaan semasa di dalam kubur
  • Allah menyempitkan kuburnya sehingga berlaga tulang rusuk kanan dengan tulang rusuk kiri
  • dibukakan salah satu pintu neraka di dalam kuburnya
  • Allah mewakilkan seorang malaikat untuk menyiksanya sehingga hari kiamat bersama seekor ular yang bernama Suju’al Akruk yang matanya dari neraka, kukunya dari besi neraka, dan panjang kukunya sehari perjalanan, dan suaranya seperti petir
4. Semasa hari kiamat
  • Turun seorang malaikat dari langit iaitu malaikat azab dengan rantai dari api neraka yang panjang tujuh puluh hasta dengan menusukkan rantai tersebut kedalam mulutnya hingga keluar rantai itu melalui duburnya dan menghela sekali dibahagian muka dan belakangnya
Sama-sama kita memperelokkan solat kita agar kita terlepas daripada siksa tersebut. Jika ada yang tinggal sebelum ini, gantilah solat tersebut selagi kita masih bernyawa. Selagi pintu taubat masih terbuka.


Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu
Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.
Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.
Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.
Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.
Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.” Sahabat Oh! Islam sekalian, ketika anda membaca artikel ini anda masih menyedut udara untuk bernafas. Adakah udara itu diredhai Allah SWT? Jika Allah mengenakan charge RM10 setiap kali kita menyedut udara, sudah tentu baru ramai antara kita yang akan tersedar dari tidur.
Artikel ini adalah artikel berpesan-pesan pada diri saya yang hina ini. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami. Kuatkanlah iman kami dan cekalkan hatiku untuk mencari jalan kebanaran yang Kau redhai. Amin ya Rabbal Alamin.
Sabda Nabi s.a.w. :
"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara ..
  • enam perkara di atas dunia
  • tiga perkara sewaktu hendak mati
  • tiga perkara sewaktu di dalam kubur
  • tiga perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan


  • credit : ISLAM Itu Indah , soleh , sarahah , ohislam 
               
                 


    Best warmer regards,assalammualaikum♥

    Thanks Reading

    marco simoncelli , rest in peace

    assalammualaikum , as all known our moto gp tournament have been cancelled because of an accident that was tragicly kill one of the rider . so here the story , sory me to lazy so me copy paste :)





    want to know more ?
    click 


            perthnow







    the video :)




    rest in peace marco .










    Best regards,assalammualaikum♥

    Thanks Reading

    bercerita kisah manusia

    assalammualaikum ,

    manusia , apa ada pada manusia .
    manusia satu makhluk yang dicipta untuk memerintah bumi , menjadikan dunia berjalan , baik dan jahat bukan ukuran sepatutnya . mencaci yang jahat . pendapat sentiasa berubah-ubah . berfikiran terbukalah kalian .

    manada kejadian kalau tiada sikap , sikap yang bagaikan air mengalir , berwarna yang bukan satu . tiada sikap itu tiada apa hidup , warna  rencah semua kosong . kenapa masih bertanya ?

    memang manusia jahat , memang manusia keji . kalau tiada yang keji , bagaimana ada yang baik  , kalau tiada yang dibawah masakan ada yang diatas , semua tersusun , tertib sekali susunanya . segalanya perfect dijadikan cerita .

    manusia macam ragam . kita caci bangsa kita , kita caci mereka yang berdosa . bimbinglah mereka . tapi jangan silap , dunia ini pasti berakhir , berakhirnya ia  membawa manusia yang degil , yang nakal  yang begitu keras hatinya untuk dibimbing , itu manusia , tiada hati keras tiada apa dunia ini .

    apa kau tidak fikir , tiada fenomena ajaran sesat  , fenomena perang , tiada demonstrasi . kau fikir dunia aman ? haha , dunia memang takkan aman , kau tahu kenapa ? manusia lah yang memulihara tapi manusia jugalah yang memusnahkan . itu kenyataanya . kalau tiada musnah bererti sampai bila dunia harus ada , ingatlah dunia semakin tua , kejadian dan fenomena kian bermaharaja , menaikkan kening ke atas ubun-ubun kepala . bersiagalah .

    kalau manusia kian semua baik sampai bila dunia begini . aman memang itu kita mahu , tapi pastinya tidak mungkin , nanti mungkin , nanti pasti , tapi tidak , hati nafsu manusia tidak ada tandinganya , sifat kian pudar . haiwan saja  kalah kau tahu . kasihan katanya . itulah namanya hamba . meninggalkan hati untuk dimaki lagi dicaci lagi .

    sampai bila ini berakhir , kita manusia yang palig berani , memegang tampuk kuasa terbesar dia atas muka bumi . dulu di sana , kita berani lahirnya menggengggam amanah yang kian pudar kau mula lepaskan perlahan dan perlahan  lalu hilang ditelan bumi .

    tampuk kuasa sebagai khalifah semua sama . hati nurani beza . iman dan taqwa ukuranya mengejar tempat abadi di akhirat kelak , mati ? apa sudah sedia , yang rindu begitu ku tabik , yang masih pengecut seharusnya siap . rumah kata pergi kubur kata mari .

    bukti sudah kuat tapi kau malas mencari , masih bertanya perkara bodoh , kau bodoh tapi katanya mereka , kau bangang tapi katanya mereka , nampak sangat kau hodoh , otak kau hodoh itu perkaraya , kasihan hendak dinyatakan tapi memang benarkan itu benarnya .

    sudah ditinggalkan 2 perkara menjadi panduan , al-quran dan as-sunah . hiasan perjalanan turut tersedia , evolusi ubahnya jadi senang . tapi tetap manusia malas , menjadi penderhaka yang nyata ,simpati .

    dunia kian tua masa semakin tiada . waktu dulu kian jauh tinggalkan kita semua , marilah selagi ada masa , bertaubatlah dengan taubat nasuha , jujur takut seram menyelinap jauh tapi bila ingin diubah , betapa tentanganya hebat sekali , sampai aku takut dengan diriku sendiri , betapa imanku masih lemah , baru kutahu . ternyata hidup untuk mencari keredhaanya harus menempuh dugaanya . dugaan demi dugaan yang datang andai dapat ditempuh dgn sabar dan istighfar insyallah ,syurga itu menanti kita manusia disana :) amin




    Best regards,assalammualaikum♥

    Thanks Reading

    kenapa kita tak tahu ?

    assalammualaikum ,

    kita tak suka tak suka , kita tak suka macam nilah .
    kenapa tak bagitahu dia nak pergi camp ? kenapa takde sape bagitahu ?

    kenapa kita tak tahu ? hmm . 
    tapi tadi jumpa dia ya allah -.-'

    kita dah tak dtg 4 hari . campur sehari minggu lepas . nak genapkan , kita dah tak jumpa SEMINGGU tahu tak !
    lepastu kita memang tak contact lah enn , pasal kita demam so tak online lah .

    dtg sekolah tadi je kita dah buad muka kat awak :'( maaf
    pandang awak macam nak tak nak :'( maaf
    tadi nak balik awak nak jumpa pun kita boleh pandang awak macam muka ikan masin :'( maaf
    kita tak tahu awak nak pergi camp . kita terus belah balik je . kita tak cakap apa2 pun kat awak .
    kita macam selfish pulak harini :'( maaf



    harini kita dtg muka mencuka pasal awak tahu ? kita demam , kita tak sihat lagi  kita takde modd nak buad apa2 , tulah kita macam nak taknak je tgok orang . siap ada orang tanya lagi kenapa muka kita pucat , awak dgr ? hmm 

    kita tak pandang awak tapi kita asyik curi2 tenung awak , time kat dewan . awak perasan ? pasal  kita rindu awak

    muka kita macam ikan masin pasal time tu lama lah jugak nak tunggu awak keluar , apa lagi bila time jumpa tu , berkerabat lelaki keluar dari dewan kat belakang kita . kita malu >.<'

    hmm dapat kertas tu awak terus naik kelas ambil beg tinggal kita , kita yang memang tak tahan pasal tak sihat lagi teruslah balik . ingat nak tunggu awak . kita tak tahu , kita minta maaf .



    awak tahu tak sebanrnya time dtg sekolah tu kita nak je tegur awak actually tiap pagi sampai nak je tegur awak , tapi mesti kawan2 awak ada dgn awak , bukan seorang tapi ramai . kita malu nak dekat

    kalau boleh dalam kelas nak bercakap banyak dgn awak , tapi tiap nak cakap kawan awak dtglah , kita busy lah , kita macam nilah 

    kalau boleh time balik kita nak dari kelas tu kita jalan sama sampai kat pintu pagar , yelah even kita ikut pintu pagar lain2 , kita lepak lah kat laluan guru tu jap . kita pernah tapi sekali ehh ? ntah

    hmm kali ini kita memang terkedu pasal tinggal awak dgn muka macam tu , malam ni awak apa khabar kat camp ? sihat ? awak okay ke ? kita minta maaf sikap kita macam acuh tak acuh je . kita tak cakap apa2 pun kat awak ,, take care tak , apa pun tak , kita ni macam tak berguna lah kat awak .

    awak jaga diri awak kat sana , kita minta maaf atas sikap kita yang memang macam batu karang tu . awak baik2 kat sana . jaga makan  jaga tidur :) jaga diri tu baik2 . lepas 3 hari awak ada rehat lagi 3 hari , kita cuti lagi 3 hari . nanti kita belanja awak  :) okay yaang ?
    take care yourself . im sory and i miss you .




    take care :)



    Best warmer regards,assalammualaikum♥

    Thanks Reading

    akhirnya , kita datang . hooray !


    Assalammualaikum readers :) 

    harini alhamdulillah lepas dah 4 hari tak dtg sekolah , akhirnya harini saya dtg juga :)
    hihi , anddd okay tak ambil modul form 4 tu -.-' dtg pun semata-mata nak benda tu je pun tapi tak terbawa , memang enn . well manusia mcm tu , benda paling penting , main thing pun kdg2 benda paling tak penting last2 jadik dia . hmmm

    so  hmm  kita tak sihat lagi . dtg sekolah tadi pun dah kena tegur .

    'IFA ASAL MUKA KAU PUCAT?'
    'ngantuk , biasa arr :) *muka sememeh*'

    bangun tadi pagi pun dah mcm nak taknak je pergi sekolah . kepala ni mcm org baru nak start demam balik . kesian tak ? aduihh , okay tak kelakar -.-' .

     bersungguh-sungguh saya iron baju pagi tadi . semalam dah lah tidur lambat , tak lena . well senang cerita semalam adalah tidur yang tak berkualiti . yelah nak kualiti mcm mana ? semalam bukanya tidur atas katil . bukan tidur dalam bilik , tapi kat ruang tamu . kat lantai , alaslah tilam nipis . bantal ? bantal peluk tindih dgn bantal kereta . best kan ? kualiti gila wehh . tak cerita dgn bunyi berdesing mcm org nak pecah rumah , rasa macam tidur sambil buka mata O.O

    tulah akibat dia , pasal malam semalam pergi search benda merepek enn , kan dah takut . padanlah muka akuu -.0' maluu
    bangun je dah pukul bape ntah . alarm telefon tu bunyi keje menekan je . tapi tak bangun jugak ! last2 nasib baik pandai bgun pukul 6.30 . naik tangga macam nak jatuh . turun tangga macam nak roboh . dugaaan

    kes best siap iron pukul 6.50 . haha , mandi 10 minit . pukul 7 . sejuuuuk nak patah tulang . siap syampu lagi , memang baik enn untuk kesihatan -.-' kalau my mom tahu betulah bising lagi dia .

    kat sekolah tup tup masuk dewan , ingat nak baca yasin . alahai sedih je cuti . last2 siap bawa beg , pahal ? pepagi dah suruh turun dewan bawa beg ? ceramah . aaaaah dunia gelap betulah !

    hmm ceramah tadi cerita pasal nak buad peta minda . ajar punya ajar . then break lepastu nak sambung lepas rehat . what sampai balik ! ya allah . panaslah tempat duduuk aku tu nanti .

    hahaa time break boleh pulak penceramah tu panggil saya pergi depan . haha . dia tu tak tahu ke kita ni pemalu tahap apa . aduhhhhh . dia tanya , memang bersuara kekuatan volume paling kecilah enn kita keluakan , bak kata orang ,suara perempuan itu aurat ;P

    FASI : okay , siti masrifa
    SAYA : mmm .ya *suara siput*
    FASI : siti masrifa binti ?
    SAYA : ruslan *suara kecil* 
    FASI : ruslan ? siti masrifa binti ruslan ? okay nanti kirim salam kat ayah ehh
    SAYA : mmm ? aaa ? a ye *senyum kambing*
    FASI : okay , sesi pertama ni , apa yang siti masrifa dapat ? nah pegang mic . *aku geleng kepala* ehh berat ni . *buat gaya orang angkat beda apa ntah*
    SAYA : *aku dah agak dah nak tanya benda ni -.-' , apa aku dapat ? aku bukanya consen pun tadi . aduhai*#monolog dalaman
    aaaa , mmm saya dapat belajar lah cara nak buad peta minda *suara memang mendengar*
    FASI : selain itu ? takkan tu je ?
    SAYA : mm . tahu pasal otak tu 
    FASI : otak tu kenapa ?
    SAYA : otak tu ada macam gap
    FASI : nak rapatkan macam mana tu 
    SAYA : kena belajar lah 
    FASI : ohh kena belajar ? nasib baik dia tak kata kena makan . haha 

    lepastu suruh duduk . time otw duduk tu ntah apa dia kata saya tak dgr . yang dgr :DIA MEMANG PEMALU EHH: dalam hati . tahu punnnn :)

    rehat tu kita makan bekal dari my mom :) hihi , tak pernah mak aku bekalkan bekal -.-'
    lepak pondok belakang sampai tak sedar kantin kosong and semua dah masuk dewan , wawawa . memang bagus 

    sambung sesi ke 2 . hahaaaaa . betulah lapik tempat duduk kita dah panas . aduhai . tak sabar nak balik . siap suruh buad latihan nak buad peta minda tu mcm mana . hmm fun lah juga , kita guna magic pen . hehe . aawak pun adooo :P

    haaa . lepastu dia tgok kita punya , aduhh malu lagi , bape kali asyik kita je kena , kita tak suka tak suka .

    akhirnya balik . hehe . dah tu siap nak ambil gambar lah . aduhai , first dgn lelaki dulu , bila diaorg busy kami ambilah beg , lepastu tgok macam sibuk je . apalagi cabut lailah keluar dewan . haaa freedom ! wooohooo :)

    lepastu kita kena tunggu dia jap . hehe ya allah rindunya kat dia .betul tak tipu . tak tak tak tak tipu tak bohong tak menipu tak memang tak  ,, memang betul kita rindu sangat kat awak :D

    lepastu jumpa dia . okay takat say HI then BYE , hehe . kita senyum je :) alolololo comelnya dia .

    then tetiba dia terus hilang -.-' ohh ambil beg .
    lama sangat lah yaaang . terpaksa balik pasal dah tak tahan , panaslah . soryy 

    dahlah lepasni cuti adaalah dlm 5 hari . waaaaaa . mesti nanti kita rindu awak . dahlah fb tu macam makin tak berguna dah . kalau on pun bukanya kita bertegur . haduihhh . kan problema betul tu . hmm

    awak take care yourself kay :D 
    i love you too
    and 
    i miss you too :)

       




    Best regards,assalammualaikum♥

    Thanks Reading