kawan lama

assalammualaikum
hye apa khabar ? hmm dah lama kita tak update blog ni . padahal baru bape hari .

okay kita tak sihat . dah 5 hari kita demam . and kalau campur darab bahagi tolak kali jadah jadah semua . seminggu ni kita tak datang 4 hari , hehe ,so kalau esok kita tak datang juga , cukuplah 5 hari . means kita cuti sendiri seminggu :) but tadi terbaca kat kertas cikgu bagi minggu lepas haa . minggu depan kita pun ada cuti 3 hari :) wohh bape hari tu kita cuti . macam nak cuti semester 1 je gaya ni -.-' haha

so harini hari khamis kan . hmm , kita start demam hari ahad / kesiannya . and hari isnin tu kita tak dtg kan . dan okay kerja kita tidur je , tidur baring , apalah yang mampu untuk saya lakukan . hmm , simpati . then petang tu , dlm pukul 6 kott . kita tgh baring2 kat bilik bawah lepastu kita dengar ada orang bagi salam and lepastu tetiba dengar orang tu panggil

"masrifa"

so kita macam , ALLAH , sape pulak cari aku nak malam ni -.-' padahal baru nak pukul 6 .

lepastu kita pun keluar , ingatkan izaty ke sape , pasal dia pakai tudung putih , kita kan rabun , so agak happrek sikit nak nampak orang enn , lepastu dengan rambut serabai , mata macam nak taknak je buka , kepala goyang2 , kita pun gagahkan kaki berdiri dan jalan keluar pergi ruang tamu lepastu tengok muka . OHHHHMAIGOD ! *mulut ternganga mata membulat*


it's AQEELA SYEREEN !!
aka
bee ♥ 

mahu tak ternganga kita dibuatnya , tetiba terpacak kat depan pintu rumah ,omaigod . rindu gila . siap bole terdiam wehh  , haha .

belum pape dia dah tanya

BEE : wehh , kau kenal aku tak ?
IFA : ap ,ap ,ap *a'ah  gagap jap*
BEE : kau ingat aku lagi tak ?
IFA : whoii ! apahal aku tak ingat , aqeela !
BEE : wheeeeee , hihi 
lepastu peluk peluk :)

lepastu boleh pulak kitaorg lepak kat depan pintu rumah aku tu , siap borak pasal body lah , keding kempis gemuk buncit jadah semua , lepastu lamalah jugak , haa , sampai lupa nak ajak dia masuk pasal happening sgt , actuallly terkejut lagi sebenarnya . 
#kalau my mom tak jerit suruh ajak kawan tu masuk , memang sampai pukul 6.45 lah lepak situ -.-'

dia baru habis jog dgn abg aini and dia kata dia baru pergi rumah nabilah  , haha . rindu kau sewel !
lepastu saya ajaklah dia masuk nak borak2 sikit , and jap kita tgh sewel so kena fahamkan , apahalah pergi suruh abg aini tu balik -.-' bila dah tgh lepak tu baru sedar -.-' maafkan diri saya .

alaaa rumah kita dekat je kan :) dekat sangat tak tipu . berjalan pun tak penat . satu jalan je pun. nama jalan pun sama . apa tak dekat . so kita pun lepaklah . 

hee . mulut kita kalau dah bergabung memang meletup enn . hehe :) asyik chot chott je , al maklumlah enn dah nak 3 tahun tak jumpa . dia dah jadi pelajar sekolah agama , kita ni kat situ2 je , trial dia pun elok :) hmm untunglah nak apply sekolah sains selangor :) hopely berjaya kay :D

IFA : parents aku bising suh masuk sekolah agama , aku manada BA
BEE : kau takde Bahasa Arab mana boleh apply sekolah agama .
IFA : tulah pasal . habistu takkan aku nak kena masuk form1 . gila ke
BEE : orang kena start dari form 1 tau ambil education BA baru boleh , dah lambat lah
IFA : aku tahu tulah parents aku . lagipun cukuplah tahfiz yang aku masuk tu
BEE : haha , kalau boleh pun kau masukjelah sekolah asrama . tapi memang tak lah nak ambil aliran agama.
IFA : hmm . aku ntahlah , macam senget je :/

lepastu kita cerita pasal dulu2 . haha , kita cerita memang macam itik dengan ayam enn :) haha . orang lain kita cerita , orang lain kita macam ni , ahhha , betul sah macam itik dgn ayam . sampai kau cubit2 aku pasal malu salah org :P haha  , lek dahlah :P

jap apa kitaorg cerita nak senaraikan juga ke , ahha , banyak sgt lah . lepastu dia kata nak dtg esok kat sekolah smkdar . nak jumpa kawan semua . hmm ,datang jelah . esok dia tu selasa . so it;s okay , pukul 10 :) hehe



dia kata esok dia balik . dia balik everthing dgn KTM , omaigod! berani nya , dkt seremban wehh . ya allah risau betul .

lepastu dah syok chat chit chot , sampai lah nak pukul 7 . then kita hantarlah dia balik , alahai . borak sikit je dah sampai , dekat sgt rumah , kan dah cakap tadii , aduihh -.-'

BEE : esok pukul 10
IFA : okay . 
BEE : dtg tau
IFA : insyallah 
BEE : kalau ada pape contact , ehh mcm mana nak contact . 
IFA : haha , onlinelah *sambil berjalan balik*

senyum dan bye yang panjang *dalam hati aku risau mcm mana dia balik seorang esok ? sendiri! , seremban*

kemudian malam tu , demam saya kembali mengganas . lebih teruk dari semalam , mungkin pasal minum air ribena yang dihidang tadi bersama ice batu , agak panas telinga mendengar celoteh ibu yang sumpah bising . akhirnya hampir satu hari setengah kerja ku hanya berbaring . 3 hari ku tidak jamah apa . mandi paksa seprti org hampir hilang nyawa . hanya ALLAH yang tahu apa kurasa bagaimana sakitnya . baru semalam (rabu) petang ku ikuti perjalanan ayahku kemana . demamku beransur pulih , perhentian di RNR kinrara membawa aku kepada makanan yang berat untuk dijamah , walaupun semua pahit , tidak selera ku paksa demi mnjaga hati ayah . doakan saja esok (jumaat) aku mampu menjejakkan kaki ke sekolah semula , walaupun hanya sehari saja .

kepada bee , maaf tidak teman kau . maaf mungkir janji tak dtg , kau tahu aku demam , kau rasa kan ? harap kau faham ,maaf juga tak sampaikan lagi salam kau . aku sendiri tidak tahu khabar kau . tak tahu keberadaan kau selasa itu , apa kau dtg ? jumpa teman akrab kau dulu ? aku tak tahu , betul tak tahu , amanah kau belum aku lakukan , maaf lagi . yang aku tahu mungkin kau sudah berada di asrama kau sekarang . aku doakan kau selamat :) terima kasih , assalammualaikum kawan lama :) jaga diri kau .











Best regards,assalammualaikum♥

Thanks Reading